Thursday, June 18, 2009

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2009 : Pengalaman Baru

Mr. Hazanizam sedang mengangkut flag untuk Race Committe Boat.

Aku pada hari pertama memulakan tugas di laut...

Mr. Hazanizam sedang menikmati pemandangan di laut...bersantai nampak bang..


Aku sedang memandu Mercedes SLK300 Compressor...oop, maaf...sebenar sedang belajar memandu boat 140 horsepower.

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2009 yang telah berlangsung pada bulan April 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan "sekolah pelayaran pertama" aku dan Mr. Hazanizam. Kami telah diberi peluang dan kepercayaan oleh Pengerusi Teknik Perahu Layar MSST Terengganu, Mr. Rashid dan Pengurus Pasukan, Mr. Othman Sidek untuk menjadi pegawai teknikal mewakili negeri kami bagi membantu pihak penganjur menjalankan pertandingan pada tahun ini.

Kelab Perahu Layar Dungun Bermula...

Memilih perahu optimist untuk di bawa pulang.




















Aku tak lepaskan peluang untuk posing sekaki sebelah dinghy 420.




















Tuan rumah, Mr. Othman Sidek sedang menolak boat untuk dibawa naik ke atas lori Majlis Perbandaran Dungun. Terima kasih Mr. Hazanizam yang tolong arrangekan transportation tersebut.





















Bos no. 2 aku, Mr. Wan Afandi...sedang membantu dua kakitangan mengangkat bot.





















Dengan dorongan dan sokongan En. Nuaman Harun dan En. Wan Afandi Wan Othman, kami memulakan langkah dengan membawa pulang 4 buah perahu optimist dari kelab pelayaran Terengganu di Penarik, Setiu. Usaha itu bermula di suatu pagi Rabu di bulan Februari 2009...

Saturday, June 13, 2009

Kem Bakat Optimist TESA 2009


Persatuan Perahu Layar Terengganu ( TESA ) telah menganjurkan satu kem latihan untuk mengasah dan mencungkil bakat-bakat baru didalam sukan pelayaran di Terengganu. Ia telah diadakan pada 30 Mei hingga 3 Jun 2009 di Nelayan Resort, Pantai Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu, Terengganu.

Kem tersebut dibawah bimbingan Cik Nurul Ain bt. Mat Isa, seorang pelayar negara, yang juga merupakan anak didik kepada Datuk Peter Gilmore, seorang pelayar tersohor dunia yang sering menyertai Piala Monsoon Cup Terengganu.

Menurut jurulatih penyelaras kem, Coach Syed Amin, seramai 18 orang pelatih muda yang terdiri daripada murid-murid sekolah dari Kuala Dungun, Pulau Perhentian, Pulau Duyong dan Penarik sendiri telah menyertai kem tersebut yang julung-julung kali diadakan bersempena kejohanan KFC Terengganu Open Regatta 2009.

Ketua jurulatih negeri Coach Othman Sidek berharap kem tersebut dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berharga kepada pelatih-pelatih muda memandangkan ia merupakan perkongsian terus dari seorang pelayar berpengalaman seperti Cik Nurul Ain.