Kejohanan Perahu Layar MSSM 2009 yang telah berlangsung pada bulan April 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan "sekolah pelayaran pertama" aku selaku ketua jurulatih Kelab Perahu Layar SK Kuala Dungun dan Cikgu Hazanizam (timbalan KPL SKKD). Kami telah diberi peluang dan kepercayaan oleh Pengerusi Teknik Perahu Layar MSST Terengganu, Cikgu Rashid dan Pengurus Pasukan Terengganu, Cikgu Othman Sidek untuk menjadi pegawai teknikal mewakili negeri kami bagi membantu pihak penganjur menjalankan pertandingan pada tahun ini.
Thursday, June 18, 2009
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2009 : Pengalaman Baru
Kelab Perahu Layar Dungun Bermula...
Gambar 2 :
Aku tak lepaskan peluang untuk posing sekaki sebelah dinghy 420.
Dinghy 420 ini sesuai untul pelayar yang telah mahir dan bersaiz besar.


Gambar 3 : Tuan rumah, Mr. Othman Sidek sedang menolak boat untuk dibawa naik ke atas lori Majlis Perbandaran Dungun. Terima kasih Mr. Hazanizam yang tolong arrangekan transportation tersebut.
Gambar 4 :
Bos no. 2 aku, Mr. Wan Afandi selaku PK Ko SK Kuala Dungun juga tidak pernah mengecewakan kami, kelihatan beliau sedang membantu dua kakitangan mengangkat bot.



Dengan dorongan dan sokongan En. Nuaman Harun dan En. Wan Afandi Wan Othman, kami memulakan langkah pertama dengan membawa pulang 4 buah perahu optimist dari kelab pelayaran Terengganu di Penarik, Setiu. Usaha itu bermula di suatu pagi Rabu di bulan Februari 2009...
Walaupun menurut Cikgu Othman Sidek, hanya 1 sahaja bot optimist yang lengkap dengan sail dan lines serta perkakas lain, 3 bot lagi kami terpaksa "ejas" dan "adakan" sendiri peralatan lain yang perlu.
Alhamdullilah dengan bantuan Cikgu Hazanizam Hashim sebagai timbalan ketua kelab pelayaran serta Cikgu Anuar Muda dan Encik Rusdi Muda (NYDP PIBG SK Kuala Dungun)..segala kekurangan pada 3 buah bot optimis itu dapat kami atasi.
Saturday, June 13, 2009
Kem Bakat Optimist TESA 2009
.jpg)
Persatuan Perahu Layar Terengganu ( TESA ) telah menganjurkan satu kem latihan untuk mengasah dan mencungkil bakat-bakat baru didalam sukan pelayaran di Terengganu. Ia telah diadakan pada 30 Mei hingga 3 Jun 2009 di Nelayan Resort, Pantai Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu, Terengganu.
Kem tersebut dibawah bimbingan Cik Nurul Ain bt. Mat Isa, seorang pelayar negara, yang juga merupakan anak didik kepada Datuk Peter Gilmore, seorang pelayar tersohor dunia yang sering menyertai Piala Monsoon Cup Terengganu.
Menurut jurulatih penyelaras kem, Coach Cikgu Syed Mohd Al-Amin, seramai 18 orang pelatih muda yang terdiri daripada murid-murid sekolah dari Kuala Dungun, Pulau Perhentian, Pulau Duyong dan Penarik sendiri telah menyertai kem tersebut yang julung-julung kali diadakan bersempena kejohanan KFC Terengganu Open Regatta 2009. Coach Cikgu Syed menjelaskan bahawa kem latihan ini bukan sahaja memberi pendedahan teknikal dan taktikal kepada para peserta tetapi yang lebih penting ialah memupuk semangat juang dan berpasukan dikalangan murid-murid yang masih muda.
Ketua jurulatih negeri Coach Cikgu Othman Sidek berharap kem tersebut dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berharga kepada pelatih-pelatih muda memandangkan ia merupakan perkongsian terus dari seorang pelayar berpengalaman seperti Cik Nurul Ain.
Pegawai-pegawai kem lain yang terlibat ialah Coach Cikgu Hazanizam Hashim (SK Kuala Dungun), Coach Cikgu Anuar Muda (SK Kuala Dungun), Coach Cikgu Hazman (Setiu), Coach Cikgu Ayub (Besut) dan Coach En.Rusdi Muda (Dungun).
Labels:
pelayaran,
perahu layar,
sailing,
sukan,
yatching
Subscribe to:
Posts (Atom)