Thursday, June 18, 2009

Kelab Perahu Layar Dungun Bermula...



Gambar 1. Aku bersama-sama dengan rakan-rakan team perahu layar SK Kuala Dungun memilih perahu optimist untuk di bawa pulang. Turut sama memberi nasihat ialah guru besar kami Cikgu Nua'man Harun yang juga turut serta dalam pemilihan bot latihan ini. 


Gambar 2 : Aku tak lepaskan peluang untuk posing sekaki sebelah dinghy 420. Dinghy 420 ini sesuai untul pelayar yang telah mahir dan bersaiz besar. 






























Gambar 3 : Tuan rumah, Mr. Othman Sidek sedang menolak boat untuk dibawa naik ke atas lori Majlis Perbandaran Dungun. Terima kasih Mr. Hazanizam yang tolong arrangekan transportation tersebut. 


Gambar 4 :  Bos no. 2 aku, Mr. Wan Afandi selaku PK Ko SK Kuala Dungun juga tidak pernah mengecewakan kami, kelihatan beliau sedang membantu dua kakitangan mengangkat bot.

Dengan dorongan dan sokongan En. Nuaman Harun dan En. Wan Afandi Wan Othman, kami memulakan langkah pertama dengan membawa pulang 4 buah perahu optimist dari kelab pelayaran Terengganu di Penarik, Setiu. Usaha itu bermula di suatu pagi Rabu di bulan Februari 2009...









































Walaupun menurut Cikgu Othman Sidek, hanya 1 sahaja bot optimist yang lengkap dengan sail dan lines serta perkakas lain, 3 bot lagi kami terpaksa "ejas" dan "adakan" sendiri peralatan lain yang perlu.

Alhamdullilah dengan bantuan Cikgu Hazanizam Hashim sebagai timbalan ketua kelab pelayaran serta Cikgu Anuar Muda dan Encik Rusdi Muda (NYDP PIBG SK Kuala Dungun)..segala kekurangan pada 3 buah bot optimis itu dapat kami atasi.

No comments:

Post a Comment