Saturday, June 13, 2009

Kem Bakat Optimist TESA 2009



















Persatuan Perahu Layar Terengganu ( TESA ) telah menganjurkan satu kem latihan untuk mengasah dan mencungkil bakat-bakat baru didalam sukan pelayaran di Terengganu. Ia telah diadakan pada 30 Mei hingga 3 Jun 2009 di Nelayan Resort, Pantai Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu, Terengganu. 

 Kem tersebut dibawah bimbingan Cik Nurul Ain bt. Mat Isa, seorang pelayar negara, yang juga merupakan anak didik kepada Datuk Peter Gilmore, seorang pelayar tersohor dunia yang sering menyertai Piala Monsoon Cup Terengganu. 

Menurut jurulatih penyelaras kem, Coach Cikgu Syed Mohd Al-Amin, seramai 18 orang pelatih muda yang terdiri daripada murid-murid sekolah dari Kuala Dungun, Pulau Perhentian, Pulau Duyong dan Penarik sendiri telah menyertai kem tersebut yang julung-julung kali diadakan bersempena kejohanan KFC Terengganu Open Regatta 2009. Coach Cikgu Syed menjelaskan bahawa kem latihan ini bukan sahaja memberi pendedahan teknikal dan taktikal kepada para peserta tetapi yang lebih penting ialah memupuk semangat juang dan berpasukan dikalangan murid-murid yang masih muda.

Ketua jurulatih negeri Coach Cikgu Othman Sidek berharap kem tersebut dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berharga kepada pelatih-pelatih muda memandangkan ia merupakan perkongsian terus dari seorang pelayar berpengalaman seperti Cik Nurul Ain.

Pegawai-pegawai kem lain yang terlibat ialah Coach Cikgu Hazanizam Hashim (SK Kuala Dungun), Coach Cikgu Anuar Muda (SK Kuala Dungun), Coach Cikgu Hazman (Setiu), Coach Cikgu Ayub (Besut) dan Coach En.Rusdi Muda (Dungun).

No comments:

Post a Comment